IPOH 9 Feb. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang kelindan lori setelah didapati bersalah mengedar dadah berbahaya, dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Anselm Charles Fernandis ketika membacakan ringkasan keputusannya, turut menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara ke atas tertuduh, S. Pragasam, 30, bagi satu lagi pertuduhan memiliki dadah. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kedua-dua hukuman itu sehingga rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan. Terdahulu, Anselm berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah walaupun keterangannya berbeza dengan pihak pembelaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya