MADRID 12 Feb. – Pendahulu La Liga, Barcelona hanya mampu seri tanpa jaringan dengan kelab kerdil, Getafe hari ini sekali gus membolehkan pencabar terdekat, Atletico Madrid menghambar mereka. Keputusan itu menyaksikan Barcelona hanya memiliki kelebihan tujuh mata di depan dengan aksi musim ini berbaki 15 perlawanan. Ini keputusan seri kedua berturut-turut dicatat kelab Catalan itu selepas turut diikat Espanyol 1-1 minggu lalu. Pengendali Barcelona, Ernesto Valverde berkata, faktor keletihan akibat jadual padat punca anak-anak buahnya gagal mencatat keputusan baik di depan penyokong sendiri. Memiliki deretan bintang seperti Lionel Messi dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya