LONDON 11 Feb. – Arsene Wenger mengakui harapan Arsenal untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara berdepan laluan getir, selepas jaringan Harry Kane menyumbang kepada kekalahan 0-1 Gunners ditangan seteru ketat Tottenham, semalam. Gol yang disempurnakan menerusi tandukan dalam babak kedua permainan di Wembley itu, menyaksikan skuad bimbingan Wenger keciciran enam mata daripada kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris. Gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara untuk musim depan dengan menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik bakal menjadi satu lagi tamparan hebat buat bos Arsenal, Wenger setelah pasukannya terpaksa beraksi dalam pertandingan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya