ALOR SETAR 10 Feb. – Sebuah kedai emas dianggar mengalami kerugian lebih kurang RM100,000 apabila disamun dua lelaki yang hanya menggunakan tukul di Jalan Kota, di sini hari ini. Difahamkan kedai emas yang tidak mempunyai pengawal itu disamun suspek yang hanya menutup sebahagian muka dengan kain pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, suspek memecahkan lapan cermin pameran dengan tukul sebelum memasukkan barang kemas tersebut ke dalam sebuah beg hitam. “Kita menerima maklumat pada kira-kira pukul 12.55 tengah hari dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya