SEREMBAN 14 Feb. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan berjaya menumpaskan cubaan membawa masuk 182,000 kotak rokok seludup bernilai kira-kira RM2.84 juta ke negeri ini pada 5 Februari lalu. Pengarahnya, Datuk Abdullah Jaafar berkata, rokok itu dirampas selepas anggota JKDM negeri menahan sebuah lori jenis Isuzu di bahu jalan sebelum Plaza Tol Rasah di sini pada pukul 1.30 pagi. “Selepas pemeriksaan dibuat, anggota kami menemukan 3,640,000 batang rokok jenama John yang dibalut dengan plastik hitam di dalam lori berkenaan. “Pemandu lori bagaimanapun sempat melarikan diri daripada diberkas,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya