LONDON 10 Feb. – Tandukan penyerang sensasi Harry Kane pada awal babak kedua sudah memadai untuk Tottenham Hotspur mendaki dua anak tangga dan menghuni tempat ketiga Liga Perdana Inggeris setelah mengatasi Arsenal dalam aksi derby London hari ini. Pemain kebangsaan England itu memanfaatkan hantaran lintang pemain pertahanan Ben Davies pada minit ke-49 untuk mengatasi penjaga gol Petr Cech dan meraih golnya yang ke-23 musim ini. Gol itu juga merupakan yang ketujuh dijaringkan oleh Kane sepanjang tujuh perlawanan liga menentang Arsenal, kelab yang membuangnya ketika muda. Kane juga merupakan hero ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya