KUALA LANGAT – Seorang kakitangan syarikat penerbangan Malindo Air maut selepas kereta jenis Proton Saga yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dalam satu kejadian di Kilometer 18.8, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah selatan di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Nurul Asiqin Mohamad, 27, yang berasal dari Raub, Pahang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, ketika kejadian mangsa yang memandu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya