MUAR 9 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berkuatkuasa 13 Februari ini kerajaan bersetuju mengurangkan kadar levi dan tol di laluan kedua Malaysia-Singapura (LinKedua) bagi menggalakkan kenderaan menggunakan laluan itu berbanding Tambak Johor. Menurut Perdana Menteri, pengurangan itu menggalakkan kedatangan pelancong Singapura dan juga dari negara lain untuk datang ke Johor membeli-belah dan pelbagai urusan lain. “Ini telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet dan difahamkan Singapura juga akan buat langkah sama yang dibuat Malaysia. “Ini akan beri manfaat kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Ini kerana ada rakyat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya