KUCHING – Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini terus berkurangan kepada 4,267 orang daripada 1,269 keluarga setakat 8 malam ini. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata berlaku pengurangan 419 mangsa berbanding 4,686 orang yang direkodkan petang tadi. Beliau berkata sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Menuang Baru, di Limbang juga telah ditutup petang ini. “Sejumlah 4,267 mangsa banjir ditempatkan di 23 buah PPS iaitu di Samarahan 106 orang, Serian (1,201), Sarikei (lapan), Sibu (1,028), Mukah (89), Bintulu (1,513) dan Limbang (322),” katanya. – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya