ALOR SETAR 11 Feb. – Jepun melaungkan amaran awal sebagai calon utama untuk merampas kejuaraan Piala Uber di Bangkok, Mei ini selepas muncul juara wanita dalam Kejohanan Berpasukan Asia di sini, sebentar tadi. Jepun yang menurunkan barisan terkuat mereka menumpaskan juara Piala Uber 14 kali, China dengan keputusan selesa 3-0. Pemain No. 2 dunia, Akane Yamaguchi menghadiahkan mata pertama Jepun dalam acara perseorangan wanita selepas menumpaskan Chen Yunfei dalam aksi…










