JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terpaksa akur dengan kekalahan pertama pada saingan Liga Super musim ini setelah tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur dalam aksi tertunda selama 34 minit di Stadium Kuala Lumpur, Cheras petang semalam. Terdahulu, aksi ketiga Liga Super itu terpaksa ditunda ekoran hujan lebat menyebabkan permukaan padang ditakungi air dan dikhuatiri mampu mendatangkan kecederaan kepada pemain jika perlawanan diteruskan. Pegawai pertandingan, Zahrul Nizam Mohd. Salleh mengesahkan Kuala Lumpur mendahului 1-0 dalam aksi tersebut menerusi jaringan Paulo Josue pada masa kecederaan separuh masa pertama, manakala perlawanan tertunda bersambung bermula minit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya