JELI 10 Feb. – Keputusan menarik balik sebarang darjah kebesaran yang dianugerahkan adalah hak mutlak seorang Sultan atau Yang di-Pertuan Agong. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sesiapapun tidak boleh memberi ulasan, atau membuat sebarang spekulasi mengenai keputusan Sultan Muhammad V menarik balik gelaran yang dianugerahkan itu. “Tiada apa yang ingin saya ulas kerana itu hak mutlak Tuanku. Jadi, sesiapa pun tidak patut membuat spekulasi apa…










