PUTRAJAYA 6 Feb. – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang lelaki kerana membunuh seorang warga emas berusia 74 tahun dengan memukul kepalanya menggunakan kayu pemukul besbol, lima tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Zawawi Salleh yang bersidang bersama Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Rhodzariah Bujang memutuskan demikian terhadap Zulkiple Mohamad selepas menolak rayuannya. Kuorum berkenaan sebulat suara berpuas hati bahawa dapatan fakta yang dicapai oleh hakim bicara disokong oleh bukti keterangan kes dan mereka tiada alasan untuk mengubahnya. Sehubungan itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya