KUALA LUMPUR 12 Feb. – Pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen pada awalnya tidak pernah menyangka tujuan membuka akaun Instagram untuk kucing kesayangan mereka itu mampu mengutip sejuta pengikut. Kucing dari baka British Short Hair berasal dari Russia itu diberi nama Bujibu Chempel itu sering menghiburkan pengikutnya di Instagram dengan mimik wajah bersahaja. Menurut Hanis yang telah membela Bujibu sejak tiga tahun lalu, dia memuat naik gambar-gambar kucing peliharaannya itu sebagai satu perkongsian memori kepada peminat kucing. “Tak fikir langsung Bujibu akan diminati sehingga mencatatkan sejuta pengikut di Instagram.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya