PENGENDALI Terengganu FC I (TFC I), Irfan Bakti Abu Salim memuji aksi keseluruhan barisan pemainnya selepas berjaya menundukkan pendahulu Liga Super, Selangor 4-1 di laman sendiri kelmarin. Jurulatih berpengalaman itu menjelaskan, kesemua pemain skuad Penyu beraksi begitu baik sekali sepanjang perlawanan selain mempamerkan kerjasama erat berpasukan. “Saya memuji karakter setiap pemain kerana menunjukkan mutu persembahan yang baik. Kalau tidak baik, mungkin tidak dapat menjaringkan empat gol. “Sepanjang 90 minit perlawanan, mereka berjaya bermain sebagai satu pasukan dan secara keseluruhannya, ia merupakan permainan yang hebat,” katanya ketika ditemui Kosmo! kelmarin. Pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya