NEW YORK 10 Feb. – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mempertimbangkan draf resolusi menggesa gencatan senjata selama 30 hari di Syria bagi membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan segera di negara bergolak tersebut. Langkah itu dikemukakan oleh Sweden dan Kuwait yang turut menggesa kepungan ke atas kawasan pemberontak oleh tentera kerajaan dihentikan termasuk di Ghouta Timur yang diserang teruk tentera Syria dan menyaksikan lebih 240 orang awam terbunuh dalam lima hari. Cadangan itu dibuat sehari selepas UNSC gagal menyokong rayuan yang dibuat oleh pegawai bantuan PBB bagi menghentikan pertempuran selama sebulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya