KUALA LUMPUR 12 Feb. – Felda United mengekalkan rekod tanpa kalah mereka selepas mengharungi tiga perlawanan Liga Perdana apabila menewaskan Pulau Pinang 3-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka sebentar tadi. Penyerang import dari Brazil, Gilberto Fortunato muncul wira The Fighters apabila meledak dua gol pada minit ke-12 dan sepakan penalti minit ke-20, sebelum pemain gantian, Christie Jayaseelan meledak gol ketiga tuan rumah ketika permainan berbaki lima minit. Skuad kendalian B. Sathianathan itu kekal di tangga teratas dengan mengutip sembilan mata maksimum hasil daripada tiga kemenangan berturut-turut. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya