KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia telah disenaraikan pada kedudukan pertama negara ekonomi baharu muncul bagi keterangkuman di Asia berdasarkan laporan terkini Forum Ekonomi Dunia. Perdana Menteri percaya kejayaan itu adalah hasil pelbagai program yang telah dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan pimpinannya bertujuan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya. “Kami telah menyediakan ratusan ribu rumah mampu milik, membantu golongan berpendapatan rendah, perkhidmatan perubatan yang sangat murah menerusi Klinik 1Malaysia. “Bukan itu sahaja, pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan terhadap barangan makanan asas, kursus latihan serta insentif perniagaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya