KUALA LUMPUR 14 Feb. – Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.9 peratus pada 2017, melepasi unjuran yang dibuat kebanyakan penganalisis termasuk Bank Dunia. Pertumbuhan itu lebih tinggi berbanding 4.2 peratus dan lima peratus yang dicatatkan masing-masing pada 2016 dan 2015. Pada suku keempat 2017, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 5.9 peratus, berbanding 4.5 peratus pada tempoh sama tahun sebelumnya. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), permintaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi dengan sokongan berterusan daripada sektor luaran. manakala dari segi penawaran, kesemua sektor ekonomi terus berkembang, kecuali sektor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya