KUALA LUMPUR 13 Feb. – Pengeluar dan pembekal produk tenusu, Dutch Lady Malaysia telah melancarkan satu siasatan berhubung aduan pengguna terhadap produk susunya. Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Tarang Gupta berkata, sebaik menerima aduan, pihaknya terus menghubungi pelanggan dan menjalankan semakan terperinci. “Dan selaras prosedur syarikat, sampel produk turut diperoleh dan dihantar ke makmal untuk dianalisis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Tarang berkata, pihaknya juga telah bertemu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan bekerjasama dalam usaha mengatasi perkara ini. Katanya, keputusan penuh akan diumumkan selepas proses siasatan diselesaikan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya