DUNGUN – Pengguna Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Ladang Gajah Mati, Bukit Besi dekat sini gempar selepas menyaksikan kelibat dua ekor gajah liar melintasi laluan itu hari ini. Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, pasangan gajah yang dianggarkan melebihi 100 kilogram dilihat menyeberangi jalan sebelum memasuki sebuah ladang kelapa sawit berhampiran. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolenal Che Adam A. Rahman berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan dan video berhubung penemuan kelibat dua ekor gajah tersebut. “Pasangan gajah itu berkemungkinan berasal dari Hutan Simpan Besul dekat sini yang tidak jauh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya