SHAH ALAM 7 Feb. – Seorang pemandu lori treler berusia 56 tahun patah tangan dan kaki kiri selepas kenderaan berat yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Plaza Tol Kota Kemuning menghala ke Shah Alam, di sini malam tadi. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.15 malam turut melibatkan empat buah kereta yang mana salah seorang pemandu berusia 29 tahun cedera di bahagian kepala. Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 7.33 malam sebelum tiba di lokasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya