KUALA LUMPUR 6 Feb. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan mengeluarkan iklan kadar sewa RM 218 untuk rumah kos rendah dan RM320 bagi rumah kos sederhana miliknya. Menurut DBKL, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sepertimana yang tular di media sosial baru-baru ini. “Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut dan tidak bertanggungjawab atas penyebarannya. Sehubungan itu kami berharap orang ramai tidak terpedaya,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya