GUA MUSANG – Cuaca dingin dirasai penduduk di Gua Musang sejak beberapa hari lalu dengan mencecah suhu antara 17 hingga 21 darjah Celcius pada setiap pagi. Dalam tinjauan Kosmo! mendapati cuaca sejuk dan kabus tebal itu melanda kawasan ini ketika awal pagi dan bacaan suhu terendah yang dicatatkan ialah 17 darjah Celcius. Seorang peniaga di bandar Gua Musang, Hasnah Deraman, 46, berkata, cuaca dingin yang melanda daerah ini boleh dianggap luar biasa kerana keadaan yang berkabus tebal selain udara sejuknya mengcengkam tubuh. “Rasanya sudah hampir seminggu cuaca dingin seperti ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya