MADRID 7 Feb. – Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois mengesahkan sudah bersedia menyambung kontraknya bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu walaupun cintanya lebih condong kepada Real Madrid atas sebab peribadi. Sejak menyertai Chelsea pada 2014, penjaga gol antarabangsa Belgium itu kerap dikaitkan untuk ke Real sebagai destinasi berikutnya namun dengan kenyataan terbaharu yang dibuatnya ini bermakna dia bakal kekal di Stamford Bridge. Menurut Courtois, 25, ketika ini perbincangan sedang dilakukan sepanjang bulan Februari dan beliau menjangkakan tiada masalah untuk memperbaharui kontrak yang dijangka tamat pada 2019 itu tidak lama lagi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya