MADRID 9 Feb. – Philippe Coutinho yang turun selaku pemain gantian meledak gol pertamanya bersama Barcelona untuk menang 2-0 ke atas Valencia hari ini, sekali gus mara ke pentas akhir Copa del Rey menerusi agregat 3-0. Coutinho menjaringkan gol pembukaan Barca pada minit ke-49 dalam aksi separuh akhir kedua di Mestalla, setelah tiga minit memasuki padang menggantikan Andre Gomes. Jaringan tersebut merupakan gol pertamanya sejak bintang Brazil tersebut menyertai skuad Catalan dengan rekod perpindahan kelab 160 juta euro (RM770 juta) dari Liverpool pada Januari lalu. Ivan Rakitic kemudian menambah derita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya