JAGUH perseorangan No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei melaungkan amaran untuk tampil beraksi dengan lebih cemerlang dalam misi mempertahankan kejuaraannya pada kejohanan All England di Birmingham bulan depan. Selepas berjaya membantu pasukan negara meraih tiket automatik ke pentas Piala Thomas 2018 dengan kejayaan melangkah ke peringkat separuh akhir saingan Badminton Berpasukan Asia di Alor Setar minggu lalu, Chong Wei mengakui akan memberi tumpuan kepada sambutan Tahun Baru Cina terlebih dahulu. “Selepas perayaan Tahun Baru Cina, saya akan kembali menjalani latihan untuk memberi tumpuan mengekalkan kejuaraan pada kejohanan All England…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya