KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor Indonesia, Bunga Citra Lestari, 35, tidak menolak kemungkinan untuk menambah cahaya mata selepas ini. Hasil pernikahannya bersama aktor Ashraf Sinclair, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang kini sudah berusia lapan tahun. Bunga yang mesra dengan panggilan BCL berkata, dia memahami pertanyaan peminat dan keluarga berhubung perkara itu. “Jika ada rezeki, insya-Allah. Siapa yang tidak mahu anak? Mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan,” kata anak kelahiran Jakarta itu kepada Kosmo! Ahad. Pasangan bahagia itu mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008. Ikuti berita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya