LIVERPOOL 8 Feb. – Mohamed Salah menegaskan, dia sentiasa yakin akan menyerlah bersama Liverpool biarpun pernah gagal dalam musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris ketika bersama Chelsea. Menurut bintang Mesir itu, tanpa cuba bersikap angkuh, dia tidak terkejut, malah sudah menjangkakan prestasi hebatnya bersama Reds. Menyertai Liverpool dengan rekod perpindahan 36.9 juta pound (RM203.84 juta) dari Roma, Jun lalu, pemain berusia 25 tahun itu telah meledak 28 gol dalam semua pertandingan. Salah muncul pemain Liverpool paling pantas dalam sejarah meledak gol ke-20 pada musim pertama ketika membantu pasukan itu seri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya