GAYA dan cara kerja sebilangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) termasuklah yang barangkali telah ‘tersenarai’ sebagai calon harus terarah. Sebab ini sudah masuk pusingan akhir. Kalau sebelum Julai ini, ada kira-kira lima bulan sahaja lagi sebelum pengundian pilihan raya umum ke-14 (PRU-14). Khabar yang hinggap di telinga penulis setakat ini memberi gambaran menggembirakan. Pendek kata bakal-bakal calon BN ini agresif turun padang berkhidmat untuk rakyat. Begitupun, ada segelintirnya dikatakan agak kurang menyenangkan. Ada satu kawasan pilihan raya yang dimenangi BN dalam satu pilihan raya kecil persaingan tiga penjuru dikatakan pemimpin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya