IPOH 13 Feb. – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia 60 tahun dan tiga orang anaknya yang terperangkap dalam sebuah kebakaran rumah teres dua tingkat di Taman Kledang Suria, Menglembu di sini awal pagi ini. Dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi, kesemua mangsa ditemukan dalam keadaan separuh sedar dan mengalami sesak nafas selepas terhidu asap. Wanita warga emas tersebut berjaya dikeluarkan dengan bantuan jiran. Dua anak perempuan mangsa yang berumur 19 dan 16 tahun serta seorang anak lelaki berumur 12 tahun ditemukan oleh anggota bomba, berada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya