CALIFORNIA 6 Feb. – Beruang kutub kini berdepan kepupusan lebih pantas daripada jangkaan, ekoran masalah kebuluran yang dihadapi. Berdasarkan kajian selama tiga tahun oleh Universiti California, Santa Cruz dan Kajian Geologikal Amerika Syarikat (AS), haiwan itu mengalami kekurangan makanan kritikal. Ini berikutan perubahan cuaca yang menyebabkan ais di Artik menjadi cair dan memaksa beruang bergerak lebih jauh dan menggunakan lebih banyak tenaga untuk mencari bekalan makanan. Para penyelidik melakukan kajian dengan memasang kolar pada sembilan ekor beruang dan merekodkan aktiviti selama 11 hari. “Langkah itu bertujuan untuk mendapatkan lebih kefahaman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya