LONDON 9 Feb. – Sebutir berlian putih bersaiz buah strawberi besar yang disifatkan paling besar dan sempurna dijangka boleh dilelong sehingga AS$33 juta (RM130.5 juta). Pengerusi Jabatan Berlian Sotheby, Patti Wong berkata, berlian putih berbentuk bulat itu seberat 102 karat dan lebih kecil berbanding berlian bujur 118 karat yang dijual di Hong Kong pada 2013. “Berlian berbentuk bujur yang dijual di Hong Kong sebelum ini mencatat harga AS$260,000 (RM1.02 juta) bagi satu karat dan memegang rekod dunia menjadi satu-satunya berlian yang harganya dinilai berdasarkan karat. “Namun, berlian putih yang berasal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya