MAHASISWA jangan berasa terlalu selesa di menara gading, sebaliknya perlu turun padang mendekati masyarakat dengan cara mereka sendiri. Itu yang cuba diterapkan oleh Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (Manis) melalui program Gelombang Baktisiswa Mega 2018 yang dilancarkan baru-baru ini dan akan menjelajah 11 lokasi di negeri ini. Presiden Manis, ANWAR MUTTAQIN dalam temu bual dengan wartawan Utusan Malaysia, HARADIAN SHAH HAMDAN dan jurugambar, IZZUL AHMAD menegaskan, adalah penting untuk golongan itu turut sama berperanan dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Beliau berharap program itu mampu mewujudkan momentum dalam program khidmat masyarakat yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya