LIMBANG 9 Feb. – Seorang bekas kerani dihukum penjara 44 bulan dan sebatan 103 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah terhadap 103 tuduhan melakukan pecah amanah sehingga menyebabkan seorang warga emas mengalami kerugian lebih RM50,000, tahun lalu. Hakim Mohd. Hafizi Abdul Halim menjatuhkan hukuman tersebut ke atas bekas kerani Maybank Cawangan Limbang, Khusairie Fanzi Aladin, 34, yang membuat pengakuan bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu pada Rabu lalu. Mengikut pertuduhan, Khusairie didakwa melakukan pecah amanah yang mengakibatkan seorang wanita berusia 68 tahun mengalami kerugian RM53,870.64 antara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya