KUANTAN 12 Feb. – Seramai 220 kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda komitmen mereka membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam agensi berkenaan. Lafaz ikrar itu diketuai oleh Pengarah AADK negeri, Rujhan Ramli dan disaksikan Timbalan Pengarah (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Jamaluddin Puteh dalam satu majlis di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Indera Mahkota di sini hari ini. Rujhan berkata, AADK negeri menyasarkan sifar aduan melibatkan salah laku dan rasuah dalam kalangan pegawai serta anggota mereka sepanjang tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya