KUALA LUMPUR 8 Feb. – Bank Rakyat menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) bagi membantu golongan bumiputera menyambung pengajian di bawah Program Kerjaya Berpendapatan Tinggi (SHIP). Pengarah Urusan dan Presiden Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid berkata, menerusi kerjasama itu, pelajar bumiputera yang berkelayakan boleh memohon Pembiayaan Pendidikan-i Bank Rakyat. “Inisiatif ini bagi membantu negara melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi serta memperoleh pekerjaan bersesuaian dengan kehendak pasaran masa kini,” katanya ketika berucap dalam majlis menandatangani MoU di antara Bank Rakyat dan Yayasan Peneraju di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya