SAMBIL tangan kanannya memegang penyepit besi bersaiz kecil, Hazlina Kadir, 24, membelek-belek isi ikan boulu yang sudah dibelah. Selepas kira-kira tiga minit berlalu, ikan tersebut sudah siap diproses bagi membuang kesemua tulang yang ada. Dia kemudiannya menyambung rutin hariannya itu dengan memproses ikan yang seterusnya. “Beginilah tugas saya setiap hari. Saya perlu membuang kesemua tulang ikan ini agar ia mudah untuk dimakan. “Walaupun tugas ini agak rumit, tetapi saya sudah…










