JUARA keirin dunia, Mohd. Azizulhasni Awang mengesahkan dia akan memberi keutamaan khusus kepada persediaan menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018. Jaguh berbasikal negara itu yang lebih mesra dengan panggilan Jijoe dalam kalangan rakan sepasukan berkata, dia perlu bijak memilih kejohanan yang bakal disertainya pada tahun ini bagi memastikan dirinya berada pada prestasi terbaik ketika menyertai sesuatu kejohanan. Sukan Komanwel bakal diadakan di Gold Coast, Australia dari 4 hingga 15 April, manakala Sukan Asia dijadualkan berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September depan di Indonesia. “Penyertaan saya pada Kejohanan Berbasikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya