ALOR SETAR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah memberi tumpuan rondaan Ops Bantu sempena Tahun Baru Cina di lapan jalan raya utama di negeri ini bermula hari ini. Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata, rondaan itu dilakukan selama empat hari iaitu dua hari sebelum dan dua hari selepas sambutan perayaan tersebut. “Seramai 32 anggota APM ditugaskan untuk membuat rondaan sepanjang pelaksanaan Ops Bantu ini,” katanya. Beliau berkata demikian selepas melepaskan anggota APM yang terlibat dalam rondaan Ops Bantu XVI sempena sambutan Tahun Baru Cina di pejabat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya