GELI hati akak cun apabila kawan sekerja bercerita yang dia cepat-cepat memadam gambar selfie isterinya yang dihantar kepadanya di aplikasi WhatsApp tanpa melihat terlebih dahulu gambar itu hampir setiap pagi. Katanya, entah kenapa tiba-tiba sahaja sejak kebelakangan ini isterinya rajin benar menghantar gambar selfie. Setiap kali selepas bersolek dan masuk ke kereta hendak pergi kerja, isterinya akan berbuat begitu. Bukan setakat itu, kata kawan akak cun itu, tiba-tiba saja isterinya memanggil dia dengan panggilan ‘abang’ bukan papa seperti biasa. “Lain macamlah panggil abang…geli betul. Lepas itu, hantar gambar dia hari-hari.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya