GURUN DHOFAR, Oman – Sekumpulan angkasawan menghabiskan masa selama beberapa bulan bagi menjalani latihan simulasi di sebuah gurun di sini sebagai persediaan misi ke Marikh. Menggunakan dron, kenderaan penjelajah robotik dan rumah hijau, kesemua angkasawan tersebut perlu melaksanakan 19 eksperimen di sekitar kawasan berkenaan yang dikatakan mirip dengan planet merah itu. Jika dilihat dari angkasa, Gurun Dhofar sangat luas, berwarna coklat dan hanya sedikit haiwan dan tumbuh-tumbuhan boleh bertahan pada suhu yang mencecah 51 darjah Celcius. Rumah hijau gergasi seberat 2.4 tan itu ditukar menjadi makmal dan kuarters untuk kru…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya