PRETORIA 13 Feb. – Jawatankuasa eksekutif Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) hari ini memecat Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma sebagai ketua negara ini, kata seorang anggota kanan parti selepas mesyuarat tertinggi parti selama 13 jam. Sejak Timbalan Presiden, Cyril Ramaphosa dilantik mengetuai ANC Disember lalu, Zuma berdepan gesaan daripada parti itu untuk menamatkan pemerintahan Zuma yang di selubungi kontroversi. Zuma, 75, merupakan presiden Afrika Selatan paling kontroversi sejak berakhirnya pemerintahan…










