JASA. Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nering menyumbang RM30,000 hasil kutipan daripada ahlinya kepada pengurusan sekolah itu di Alor Keladi, Besut, Terengganu baru-baru ini. Pengerusi penaja persatuan itu, Wan Rusdi Wan Ismail berkata, sumbangan itu bertujuan untuk membantu pengurusan SMK Alor Keladi menganjurkan aktiviti membantu pelajar miskin, meningkatkan kecemerlangan akademik dan membaiki kemudahan sekolah. Beliau menyampaikan sumbangan itu kepada Pengetua SMK Seri Nering, Muhd. Nor Saad sambil disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohamad.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya