KUALA TERENGGANU 13 Feb. – Polis Terengganu menjangkakan peningkatan tiga kali ganda, mencecah 40,000 buah kenderaan menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) setiap hari sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi. Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, pertambahan di laluan itu akan menyebabkan berlaku kesesakan, dan mengingatkan pengguna agar lebih berhati-hati dengan mematuhi peraturan bagi mengelak jumlah kemalangan daripada turut mencanak. Beliau berkata, dengan kesesakan yang akan turut berlaku di jalan-jalan lain, pihaknya akan menempatkan sejumlah anggota di lokasi- lokasi yang telah dikenal pasti akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya