ALOR SETAR – Seramai 71 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Apong di Sungai Petani mengalami gejala keracunan makanan seperti muntah, cirit-birit dan sakit perut sejak semalam selepas disyaki makan nasi lemak berlaukkan ayam dalam program merentas desa sekolah itu Sabtu lepas. Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda menerima maklumat kejadian muntah, cirit-birit dan sakit perut dalam kalangan murid sekolah terbabit pada pukul 10 pagi semalam melalui waris murid berkenaan. Beliau berkata, lawatan pihak pejabat kesihatan daerah itu ke sekolah berkenaan pada pukul 10.30…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya