PETALING JAYA – Tujuh lelaki ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan dua beradik ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi di perkarangan Blok B Flat Damansara Bistari, Seksyen 19, dekat sini awal pagi tadi. Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya Hairul Azhar Mohd. Ishak membenarkan permohonan itu dan memerintahkan kesemua suspek ditahan reman selama empat hari. Kesemua suspek berusia lingkungan 30-an disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, lelaki berusia 44 tahun dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya