KULAI 10 Feb. – Seorang pemandu lori SWCorp cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga lori di Jalan Taib Andak, Felda Ulu Tebrau, dekat sini pukul 12.20 tengah hari tadi. Dalam kejadian tersebut, pekerja berkenaan yang memandu lori SWCorp tersepit di tempat duduknya selepas lori sampah yang dipandunya bertembung dengan dua lori lain. Jabatan bomba dan penyelamat negeri dalam satu kenyataan memberitahu, kemalangan tersebut melibatkan lori SWCorp, lori pasir dan lori membawa muatan kayu. “Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai dikejarkan ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya