JOHOR BAHRU – Dua beranak maut selepas motosikal dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah bas dalam kejadian di Jalan Pantai Lido menghala Permas Jaya dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, mangsa yang dikenali sebagai K. Amaran, 42, dan anak lelakinya, A.Pugalenthi, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala. “Kejadian kira-kira pukul 10.55 pagi itu dipercayai berlaku ketika Amaran yang menunggang motosikal cuba memotong bas berkenaan yang berada di sebelah kiri jalan namun tidak berjaya apabila motosikalnya melanggar belakang bas tersebut mengakibatkan dia dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya