KUALA LUMPUR 12 Feb.-Sebanyak 1,746 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan bertugas dalam Ops Bantu yang akan bermula Khamis ini sempena musim perayaan Tahun Baru Cina. Ketua Pesuruhjaya APM, Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya berkata, semua anggota terlibat akan ditempatkan di 114 laluan persekutuan dan negeri yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘panas’ bagi membantu pengguna jalan raya dalam aspek kecemasan termasuk kemalangan. Selain itu katanya, APM akan menjalankan tugas rondaan di kawasan tersebut dan berperanan sebagai pasukan respons kecemasan (ERT) bagi menyelesaikan sebarang kes atau kejadian dengan lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya